Yakini Anda Seorang Umat RasulluALLAH

Sunday, December 27, 2009

Apabila Buka semesTer Baru........

Lama bercuti menjadikan diri ini terasa seperti lemah dan tak bermaya.....rindu dan pilu bermain didada yang kecil ini......merasakan seperti sebak yang tidak merelakan kenangan cuti ini diganggu lagi....sebulan ibarat sehari dalam kotak pemikiran ini........diri yang dulu gembira kini bertambah lelah dipikul rasa sayang ibu dan ayah serta keluarga yang tersayang.....rasa sayang yang tidak kesampaian untuk diri ini mengadu pilu dan tangisan kecil ini.......jeritan lunak ibarat nak pulang ke rumah......tapi kerana ilmu kegigihan ini terpaksa dipikul dan dipaku supaya keputusan yang diambil ini tidak dihancurkan.........namun perjuangan masih lagi panjang dan tidak boleh ditinggalkan kerana inilah masa depan untuk diriku.....semoga perasaan ini kembali seperti biasa.........
Welcome back untuk warga USM semua.....

Tahajjud Cinta

album terbaru dari Siti Nurhaliza Taruddin...........
album ini menempatkan pelbagai jenis lagu-lagu memuji kebesaran illahi dan cinta islam......
yang terbaik dengan judul lagu Ku Percaya Ada Cinta, Asma ul Husna(99 nama-nama Allah), pintu rindu,dan batasku asaku...............
lunak suara siti menggambarkan peribadi Siti yang lembut dan santun......
namun masih ada lagi lontaran yang perlu dihadapi oleh siti dalam mengharungi liku-liku hentaman yang mencuram apabila ada yang cuba mengeluarkan fakta Siti tidak menunaikan janji......
janji Siti semasa sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah........
siti akan berjanji untuk memakai tudung sepenuhnya selepas kepulangannya dari tanah suci Mekkah itu.....
Tidak Dikotakan.....
Sekarang tampil dengan album yang berirama nasyid dengan berpakaian tudung yang umpama tak cukup kain.......
namun Siti tidak mengendahkan.........
lantaran itu, nafas baru dalam album terbarunya semakin landai apabila tohmahan itu tidak memberi rangsangan terhadap Siti untuk berubah.....
Motifnya, kenapa perlu dipertikaikan masalah ini.....
hak itu terpulang kepada Siti untuk memgambil jalan yang terbaik untuk dirinya.......
itu dirinya.....bukankah kubur lain-lain.......
jadi menegur tidak semestinya boleh terus berubah....a
Siti perlukan masa......
biarkan masalahnya selesai satu persatu....
bukankah kita sebagai manusia terutama muslim harus nmendoakan kesejahteraan untuk orang lain....
kalau nak lemparkan tohmahan tengok-tengok la sikit.....
jangan sampai orang yang sepatutnya salah jadi baik, yang menegurnya pulak jadi sebaliknya......
bersangka Baik wahai umat manusia.......baru negara aman......

Monday, November 30, 2009

Haruman hilang sekelip mata

semalam aku memulakan tugasan sbg seorang pelajar research team dalam kumpulan debat....
tapi perjalanan hari yang terpaksa aku lalui masih panjang.....
penat semakin bertambah dan pening sentiasa mengoncang-goncangkan kepalaku....
lebih kurang satu minggu lebih aku akan berkhidmat sebagai seorang pembantu untuk anak-anak yang memerlukan pertolongan idea-idea baru dan bernas dari buah fikiranku ini......
aku harus melayari sesawang setiap hari dengan lebih kurang seratus jenis maklumat terbaru mengenai dunia luar.....
yang mana berkemungkinan besar juga aku tidak tahu......
tapi tugas yang berat harus aku pikul seiring dengan hati yang baik untuk menolong rakan-rakan yang memerlukan.....
bukannya nak tunjuk baik tp hakikatnya sekirannya kita yang berada ditempat mereka sudah tentu kita merasai apa yang mereka sedang rasa........
berdebat idea bukan sesuatu yang mudah....
lebih-lebih lagi berkarisma seperti parlimen........
bersoal jawab, bertegang lidah, melontar idea-idea membunuh, dan meruntuhkan pihak lawan memang sesuatu yang biasa dan tradisi bagi anak-anak yang bergelar pedebat diraja.....
nampak sekali memang senang tapi bila difikir-fikirkan nampak menyukarkan........
lebih-lebih lagi kita hilang idea dan cemas dengan soalan-soalan yang menampar mulut untuk berkata-kata......
kata orang nak masuk debat kena membaca banyak.......
terlebih lagi tentang perkembangan dunia luar dan dalam negeri......
aku akui yang memang sebenarnya untuk memiliki gelaran sebagai pedebat diraja.......
ilmu didada sudah seharusnya mampat dihimpit dengan fakta-fakta yang betul dan kenyang dipenuhi persoalan-persoalan yang boleh membunuh kewarasan ilmu yang ada.....
agaknya sampai disini sahaja semoga berjaya dalam dunia debat.....
syabas buat USIM dan UKM , Johan Debat Diraja yang berlangsung di UM baru-baru i ni....
tahniah buat USM Senior dan USM Junior , pemenang semifinal Debat Diraja di UM tahun 2009.....

Sunday, November 29, 2009

Utopia Semalam pengenalan langkah kaki...

Assalamualaikum dan salam permulaan buat semua.....

nama diberi Muhamad Hafiz Bin aBu kasim
tanggal 29 July 1990 tahun dilahirkan dibumi Allah ini.....
tempat indah di negeri penuh pancaroba...
liku yang cukup menguji....kuala lumpur nama dinyahsulikan.....
dari kecil dididik sehingga ke dewasa....
penat lelah dan susah payah ibu dan bapa tersayang...
sekarang merupakan pelajar di USM....
Universiti APEX....
Mengambil Jurusan Fizik Kejut sebagai pilihan dan bkn terpaksa....
salam perkenalan buat semua....