Yakini Anda Seorang Umat RasulluALLAH

Saturday, January 22, 2011

Rasionalkah Parlimen Mahasiswa??



Pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan terhadap penubuhan Parlimen Mahasiswa. Parlimen mahasiswa yang dikatakan menjadi satu peluang mahasiswa bersuara masih dianggap retorik!.. Apa kejadahkah semua ini?? bukahkah dengan parlimen mahasiswa ini para mahasiswa boleh melontarkan lebih banyak isu-isu yang dihadapi semasa berada di dalam universiti. bahkan mahasiswa masih boleh membincangkan isu-isu yang berkaitan nasional dan internasional..seharusnya para mahasiswa lebih berterima kasih kepada pihak universiti kerana memberikan kepercayaan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat dan membuat keputusan yang lebih realistik dan bukan sekadar bercakap-cakap kosong sahaja.namun begitu, parlimen mahasiswa juga dikatakan merupakan sebuah dewan perundingan pelajar yang lebih demokrasi. Hal ini kerana, melalui parlimen mahasiswa, para mahasiswa boleh bertukar pendapat secara aman disamping memantapkan idea-idea yang bernas dan kritikal. seorang mahasiswa seharusnya mempunyai sikap atau tindakan yang lebih kreatif dan tidak terlampau bergantung pada mana-mana pihak sekalipun. Tipulah!! kalau seseorang mahasiswa itu tidak mempunyai isu yang ingin diperdebatkan, mesti ada rasa tidak puas hati pada mana-mana pihak. Jadi melalui parlimen mahasiswa semuanya sudah membuka ruang dan peluang yang besar untuk mahasiswa bersuara.
Selain itu, mahasiswa juga boleh bersidang secara aman dan tenteram semasa sidang di jalankan. hal ini kerana, tiada sebarang "kuasa" termasuk pihak pengurusan universiti yang boleh masuk campur ke dalam dewan perundingan ini, semasa bermulanya sidang sehingga ke akhir sidang di jalankan. Jadi, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana mahasiswa sudah boleh membezakan yang mana salah dan yang mana betul!.Terpulangkan pada mereka untuk menentukan.

No comments:

Post a Comment