Yakini Anda Seorang Umat RasulluALLAH

Saturday, January 22, 2011

12th IMT-GT Seminar Group, Thaksin University, Thailand




12 th IMT-GT 2010








































12th IMT-GT 2010 merupakan satu lagi usaha sama diantara tiga buah negara iaitu, Malaysia Indonesia dan Thailand untuk merapatkan ikatan persahabatan yang akan terjalin secara aman dan damai. Namun begitu, program IMT-GT ini juga banyak membantu para mahasiswa yang terlibat mengenali dengan lebih rapat tentang adat istiadat dan aktiviti harian yang dijalankan oleh masyarakat di setiap negara tersebut. Justeru itu, tahun ini 12th IMT-GT telah dirasmikan di Thaksin University, Thailand yang menjadi tuan rumah untuk tahun 2010. Banyak universiti yang terlibat secara langsung didalam program ini antaranya, USM,UUM, UNIMAP,UITM Perlis, USU, UNIMED. TSU,PSU dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan di sana antaranya, Sukan, Kebudayaan, dan Seminar. Dalam diam tak diam, Prof Dato' Omar Osman juga merupakan seorang Pengerusi IMT-GT yang melibatkan ketiga-tiga buah negara. Beliau turut merasmikan IMT-GT yang ke-12 baru-baru ini di Thaksin University, Thailand...


Rasionalkah Parlimen Mahasiswa??



Pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan terhadap penubuhan Parlimen Mahasiswa. Parlimen mahasiswa yang dikatakan menjadi satu peluang mahasiswa bersuara masih dianggap retorik!.. Apa kejadahkah semua ini?? bukahkah dengan parlimen mahasiswa ini para mahasiswa boleh melontarkan lebih banyak isu-isu yang dihadapi semasa berada di dalam universiti. bahkan mahasiswa masih boleh membincangkan isu-isu yang berkaitan nasional dan internasional..seharusnya para mahasiswa lebih berterima kasih kepada pihak universiti kerana memberikan kepercayaan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat dan membuat keputusan yang lebih realistik dan bukan sekadar bercakap-cakap kosong sahaja.namun begitu, parlimen mahasiswa juga dikatakan merupakan sebuah dewan perundingan pelajar yang lebih demokrasi. Hal ini kerana, melalui parlimen mahasiswa, para mahasiswa boleh bertukar pendapat secara aman disamping memantapkan idea-idea yang bernas dan kritikal. seorang mahasiswa seharusnya mempunyai sikap atau tindakan yang lebih kreatif dan tidak terlampau bergantung pada mana-mana pihak sekalipun. Tipulah!! kalau seseorang mahasiswa itu tidak mempunyai isu yang ingin diperdebatkan, mesti ada rasa tidak puas hati pada mana-mana pihak. Jadi melalui parlimen mahasiswa semuanya sudah membuka ruang dan peluang yang besar untuk mahasiswa bersuara.
Selain itu, mahasiswa juga boleh bersidang secara aman dan tenteram semasa sidang di jalankan. hal ini kerana, tiada sebarang "kuasa" termasuk pihak pengurusan universiti yang boleh masuk campur ke dalam dewan perundingan ini, semasa bermulanya sidang sehingga ke akhir sidang di jalankan. Jadi, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana mahasiswa sudah boleh membezakan yang mana salah dan yang mana betul!.Terpulangkan pada mereka untuk menentukan.