Yakini Anda Seorang Umat RasulluALLAH

Sunday, January 23, 2011

Pantai Kerachut bersama rakan-rakan


































































Ramai yang tertanya-tanya dimanakah Pantai Kerachut??? Senang saja....Pantai Kerachut ini terletak dalam kawasan Pulau Pinang, kalau x salah lebih kurang 40km dari USM. Kalau naik kereta, mungkin lebih cepat. Pantai Kerachut ini sangat cantik malah pemandanganya juga sudah menawan hati pengemar bercuti ke destinasi yang nyaman dan aktiviti lasak seperti 'Hiking'. Buat pertama kalinya, bersama-sama rakan setaulan menjelajah ke Pantai Kerachut ini. Mula-mula 'Hiking dari pintu masuk utama sehingga ke dstinasi yang kami idamkan. Memang ternyata bahawa selama ini kata orang itu, pantai ini sangat cantik dan bersih, memang sangat betul. Pertama kali melihat keindahan pantai dan pokok-pokok laut yang menjelar dan batuan yang mantap sangat menaikan semangat riang dan tawa dalam ekspedisi ini. Selain itu, di pantai ini bukan sahaja Pantai kerachut yang boleh ada lawati, malah tempat-tempat peranginan seperti monkey beach, USM marine research palace dan sebagainya juga boleh dilawat. Memang menakjubkan!. Tergaman rasa bibir ini setelah melihat masih ada tempat ciptaan ALLAH yang senyaman ini. Selama ini Pulau Pinang dikenali dengan kawasan 'Pulau Haba' ternyata tidak sekali benar. Jadi ekspedisi ini diriangkan bersama juadah maggie kari dan bean soy yang dimasak bersama-sama rakan seperjuangan. Memang menyeronokak buat rakan-rakan yang baru lagi mengenali tempat sebegini. Sebelum bermandi-manda kami setaulan menunaikan solat zohor di desiran pasir laut yang amat empuk. Islam itu indah sekali. Selepas bermandi-manda kami berangkat pulang menaiki bot. Pengalaman yang pahit buat diri ini, kerana bot yang dinaiki seperti melambung-lambung ke udara seperti tidak mencium lautan setelah bergegas menentang arus air laut yang bergelora. Pertama kali dalam sejarah hidup rakan-rakan meniki bot yang seperti menghitung masa bila nak sampai ke jetti..Semasa didalam perjalanan tersebut, pak cik bot sempat menunjukan pelbagai destinasi yang ternyata boleh dilawati di situ sambil melihat ukiran batu yang seakan-akan berbentuk penyu dan buaya di tebing-tebing lautan. SubhanALLAH betapa besar ciptaan ALLAH yang tidak boleh digambarkan dalam kotak pemikiran ini. Setelah sampai di jetti kami menunaikan solat asar dan terus berangkat pulang ke USM melalui Teluk Bahang.
sekian sahaja rentetan Pantai Kerachut
semoga berjumpa lagi di destinasi seterusnya..

No comments:

Post a Comment