Yakini Anda Seorang Umat RasulluALLAH

Saturday, January 22, 2011

12th IMT-GT Seminar Group, Thaksin University, Thailand




12 th IMT-GT 2010








































12th IMT-GT 2010 merupakan satu lagi usaha sama diantara tiga buah negara iaitu, Malaysia Indonesia dan Thailand untuk merapatkan ikatan persahabatan yang akan terjalin secara aman dan damai. Namun begitu, program IMT-GT ini juga banyak membantu para mahasiswa yang terlibat mengenali dengan lebih rapat tentang adat istiadat dan aktiviti harian yang dijalankan oleh masyarakat di setiap negara tersebut. Justeru itu, tahun ini 12th IMT-GT telah dirasmikan di Thaksin University, Thailand yang menjadi tuan rumah untuk tahun 2010. Banyak universiti yang terlibat secara langsung didalam program ini antaranya, USM,UUM, UNIMAP,UITM Perlis, USU, UNIMED. TSU,PSU dan lain-lain lagi. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dijalankan di sana antaranya, Sukan, Kebudayaan, dan Seminar. Dalam diam tak diam, Prof Dato' Omar Osman juga merupakan seorang Pengerusi IMT-GT yang melibatkan ketiga-tiga buah negara. Beliau turut merasmikan IMT-GT yang ke-12 baru-baru ini di Thaksin University, Thailand...


Rasionalkah Parlimen Mahasiswa??



Pertanyaan demi pertanyaan dilemparkan terhadap penubuhan Parlimen Mahasiswa. Parlimen mahasiswa yang dikatakan menjadi satu peluang mahasiswa bersuara masih dianggap retorik!.. Apa kejadahkah semua ini?? bukahkah dengan parlimen mahasiswa ini para mahasiswa boleh melontarkan lebih banyak isu-isu yang dihadapi semasa berada di dalam universiti. bahkan mahasiswa masih boleh membincangkan isu-isu yang berkaitan nasional dan internasional..seharusnya para mahasiswa lebih berterima kasih kepada pihak universiti kerana memberikan kepercayaan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat dan membuat keputusan yang lebih realistik dan bukan sekadar bercakap-cakap kosong sahaja.namun begitu, parlimen mahasiswa juga dikatakan merupakan sebuah dewan perundingan pelajar yang lebih demokrasi. Hal ini kerana, melalui parlimen mahasiswa, para mahasiswa boleh bertukar pendapat secara aman disamping memantapkan idea-idea yang bernas dan kritikal. seorang mahasiswa seharusnya mempunyai sikap atau tindakan yang lebih kreatif dan tidak terlampau bergantung pada mana-mana pihak sekalipun. Tipulah!! kalau seseorang mahasiswa itu tidak mempunyai isu yang ingin diperdebatkan, mesti ada rasa tidak puas hati pada mana-mana pihak. Jadi melalui parlimen mahasiswa semuanya sudah membuka ruang dan peluang yang besar untuk mahasiswa bersuara.
Selain itu, mahasiswa juga boleh bersidang secara aman dan tenteram semasa sidang di jalankan. hal ini kerana, tiada sebarang "kuasa" termasuk pihak pengurusan universiti yang boleh masuk campur ke dalam dewan perundingan ini, semasa bermulanya sidang sehingga ke akhir sidang di jalankan. Jadi, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana mahasiswa sudah boleh membezakan yang mana salah dan yang mana betul!.Terpulangkan pada mereka untuk menentukan.

Monday, February 15, 2010

kenali diri bukan dari valentine day

pernahkan anda terfikir bahawa valentine itu sebenarnya melalaikan....
dari rusuk hati yang getar ini mengatakan bahwa valentine hanyalah palsu semata-mata....ini kerana hari percintaan kita merupakan tiap-tiap hari selagi kita bergelar suami isteri yang sah dan diberkati....jangan jadi bodohlah...pakaillah otak yang diberikan tuhan untuk berfikir bahawa yahudi memang suka membunuh manusia yang sekepala dengannya.....jadi valentine day hanyalah permainan nafsu yang diwar-warkan hanya untuk kepuasan semata-mata.....cuba jika kita berzikir seketika...nescaya kita nampak satu-persatu kesilapan yang dialami.....cubalah bertaqwa kerana dada anda akan lebih tenang....x caya cuba....malu bukan tempat kita menjadi berani...pengecut hanyalah manusia yang suka menunjuk-nunjuk.....x mengenali diri sedalam yang mingkin.....

Sunday, January 31, 2010

AJL 2010

Nescaya dan nestapa sering bermain dalam AJL kali ini... permainan yang memainkan semangat keseniaan bagi orang yang mementingkan setiap irama dan jaringan lagu yang dimainkan sewaktu AJL bergelar anugerah juara lagu yang memampatkan semua kebolehan artis-artis dimalaysia....betul ker.....betul la....semangat rakyat malaysia terhadap muzik kita semakin bertambah setelah ramai artis-artis muda sudah semakin pandai bernyanyi...satu kebangaan untuk malaysia...tapi ada kualiti ker....x tau la....kita lihat dan tengok karier yang mereka gendung sepanjang mereka ini bergelar artis...ranap atau berdiri....tepuk dada tanya sendiri...huhu.....walaubagaimana pun semangat dan kekentalan artis malaysia harus lah POWER supaya apa-apa gosip dan khabar yang Menyakitkan dapat dilalui dengan baik...ada angin ker artis malaysia nie....entahla....kebanyakan yang ditemubual tentang gosip mesti marah...huhu.....lihat sendirin kalau ada mata....syabas kepada TV3 kerana sekali lagi berjaya menaikan AJL kali 25 ini.....goodluck untuk semua....bye..

Sunday, December 27, 2009

Apabila Buka semesTer Baru........

Lama bercuti menjadikan diri ini terasa seperti lemah dan tak bermaya.....rindu dan pilu bermain didada yang kecil ini......merasakan seperti sebak yang tidak merelakan kenangan cuti ini diganggu lagi....sebulan ibarat sehari dalam kotak pemikiran ini........diri yang dulu gembira kini bertambah lelah dipikul rasa sayang ibu dan ayah serta keluarga yang tersayang.....rasa sayang yang tidak kesampaian untuk diri ini mengadu pilu dan tangisan kecil ini.......jeritan lunak ibarat nak pulang ke rumah......tapi kerana ilmu kegigihan ini terpaksa dipikul dan dipaku supaya keputusan yang diambil ini tidak dihancurkan.........namun perjuangan masih lagi panjang dan tidak boleh ditinggalkan kerana inilah masa depan untuk diriku.....semoga perasaan ini kembali seperti biasa.........
Welcome back untuk warga USM semua.....

Tahajjud Cinta

album terbaru dari Siti Nurhaliza Taruddin...........
album ini menempatkan pelbagai jenis lagu-lagu memuji kebesaran illahi dan cinta islam......
yang terbaik dengan judul lagu Ku Percaya Ada Cinta, Asma ul Husna(99 nama-nama Allah), pintu rindu,dan batasku asaku...............
lunak suara siti menggambarkan peribadi Siti yang lembut dan santun......
namun masih ada lagi lontaran yang perlu dihadapi oleh siti dalam mengharungi liku-liku hentaman yang mencuram apabila ada yang cuba mengeluarkan fakta Siti tidak menunaikan janji......
janji Siti semasa sebelum menjejakkan kaki ke tanah suci Mekkah........
siti akan berjanji untuk memakai tudung sepenuhnya selepas kepulangannya dari tanah suci Mekkah itu.....
Tidak Dikotakan.....
Sekarang tampil dengan album yang berirama nasyid dengan berpakaian tudung yang umpama tak cukup kain.......
namun Siti tidak mengendahkan.........
lantaran itu, nafas baru dalam album terbarunya semakin landai apabila tohmahan itu tidak memberi rangsangan terhadap Siti untuk berubah.....
Motifnya, kenapa perlu dipertikaikan masalah ini.....
hak itu terpulang kepada Siti untuk memgambil jalan yang terbaik untuk dirinya.......
itu dirinya.....bukankah kubur lain-lain.......
jadi menegur tidak semestinya boleh terus berubah....a
Siti perlukan masa......
biarkan masalahnya selesai satu persatu....
bukankah kita sebagai manusia terutama muslim harus nmendoakan kesejahteraan untuk orang lain....
kalau nak lemparkan tohmahan tengok-tengok la sikit.....
jangan sampai orang yang sepatutnya salah jadi baik, yang menegurnya pulak jadi sebaliknya......
bersangka Baik wahai umat manusia.......baru negara aman......

Monday, November 30, 2009

Haruman hilang sekelip mata

semalam aku memulakan tugasan sbg seorang pelajar research team dalam kumpulan debat....
tapi perjalanan hari yang terpaksa aku lalui masih panjang.....
penat semakin bertambah dan pening sentiasa mengoncang-goncangkan kepalaku....
lebih kurang satu minggu lebih aku akan berkhidmat sebagai seorang pembantu untuk anak-anak yang memerlukan pertolongan idea-idea baru dan bernas dari buah fikiranku ini......
aku harus melayari sesawang setiap hari dengan lebih kurang seratus jenis maklumat terbaru mengenai dunia luar.....
yang mana berkemungkinan besar juga aku tidak tahu......
tapi tugas yang berat harus aku pikul seiring dengan hati yang baik untuk menolong rakan-rakan yang memerlukan.....
bukannya nak tunjuk baik tp hakikatnya sekirannya kita yang berada ditempat mereka sudah tentu kita merasai apa yang mereka sedang rasa........
berdebat idea bukan sesuatu yang mudah....
lebih-lebih lagi berkarisma seperti parlimen........
bersoal jawab, bertegang lidah, melontar idea-idea membunuh, dan meruntuhkan pihak lawan memang sesuatu yang biasa dan tradisi bagi anak-anak yang bergelar pedebat diraja.....
nampak sekali memang senang tapi bila difikir-fikirkan nampak menyukarkan........
lebih-lebih lagi kita hilang idea dan cemas dengan soalan-soalan yang menampar mulut untuk berkata-kata......
kata orang nak masuk debat kena membaca banyak.......
terlebih lagi tentang perkembangan dunia luar dan dalam negeri......
aku akui yang memang sebenarnya untuk memiliki gelaran sebagai pedebat diraja.......
ilmu didada sudah seharusnya mampat dihimpit dengan fakta-fakta yang betul dan kenyang dipenuhi persoalan-persoalan yang boleh membunuh kewarasan ilmu yang ada.....
agaknya sampai disini sahaja semoga berjaya dalam dunia debat.....
syabas buat USIM dan UKM , Johan Debat Diraja yang berlangsung di UM baru-baru i ni....
tahniah buat USM Senior dan USM Junior , pemenang semifinal Debat Diraja di UM tahun 2009.....